~~ Surah Al-Mulk :: Sheikh Mishary Al Afasy ~~

Semperna hari jumaat(penghulu segala hari) nie..terasa terpanggil nak dgr bacaan oleh sheikh yang famous dengan bacaan yang merdu serta menusuk kalbu...hehehe

Cuba la dgr...perghh sahdu..menyentuh sampai ke dalam walaupun aku nie bukan la paham...so aku sediakan terjemahan skali...



BismillahirRahmanirRahim
BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

67. Al-Mulk

[1]
Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;
[2]
Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);
[3]
Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan – (mu) – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?
[4]
Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).
[5]
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang.
[6]
Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.
[7]
Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak.
[8]
Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu kepada mereka: “Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)?”
[9]
Mereka menjawab: “Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar! ”
[10]
Dan mereka berkata: “Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka”.
[11]
Akhirnya mereka mengakui dosa-dosa mereka (sebagai orang-orang yang kufur ingkar), maka tetaplah jauhnya rahmat Allah dari ahli neraka.
[12]
Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.
[13]
Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.
[14]
Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!
[15]
Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).
[16]
Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)?
[17]
Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu?
[18]
Dan demi sesungguhnya! orang-orang (kafir) yang terdahulu daripada mereka telah mendustakan (rasul-rasulnya lalu mereka dibinasakan); dengan yang demikian, (perhatikanlah) bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu.
[19]
Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
[20]
Bahkan siapa dia yang menjadi tentera bagi kamu, yang akan menolong kamu selain dari Allah Yang Maha Pemurah? (Sebenarnya) orang-orang yang kafir tidak lain hanyalah berada dalam keadaan terpedaya.
[21]
Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran).
[22]
Maka adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul, yang menyebabkan dia selalu jatuh) tersungkur di atas mukanya: boleh mendapat hidayah – atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus rata?
[23]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”.
[24]
Katakanlah lagi: “Dia lah yang mengembangkan kamu di bumi, dan kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan”.
[25]
Dan mereka (yang ingkar) berkata: “Bilakah datangnya (hari kiamat) yang dijanjikan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar?”
[26]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya ilmu pengetahuan (tentang masa kedatangannya) hanya ada pada sisi Allah, dan sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran yang terang nyata”.
[27]
Kemudian apabila (datang kiamat dan) mereka melihat (azab) yang dijanjikan itu secara dekat, muramlah muka orang-orang yang kafir itu, serta dikatakan (kepada mereka): “Inilah dia yang dahulu kamu kerap kali minta disegerakan kedatangannya!”.
[28]
Tanyalah (wahai Muhammad, kepada mereka): “Bagaimana fikiran kamu, jika Allah binasakan daku dan orang-orang yang bersama-sama denganku (sebagaimana yang kamu harap-harapkan), atau Ia memberi rahmat kepada kami (sehingga kami dapat mengalahkan kamu), – maka siapakah yang dapat melindungi orang-orang yang kafir dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?”.
[29]
Tegaskan (wahai Muhammad, kepada mereka): “Allah Dia lah Yang Maha Pemurah, yang kami beriman kepadaNya, dan yang kepadaNya kami berserah diri; oleh itu kamu akan mengetahui kelak siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata”.
[30]
Katakanlah lagi: “Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?”.

credit to http://www.alquran-melayu.com/67-al-mulk/


Aku nie bukan la pandai sangat bab nie tapi surah nie merupakan suruh pilihan Rasulullah seperti yang diriwayatkan seperti di bawah

Tentang surah Tabarak-al-ladhi (Al-Mulk) ini ada satu riwayat yang lain menyatakan bahawa Rasul-Ullah sall-Allaho 'alaihe wa sallam bersabda, "Hatiku menghendaki supaya surah ini berada didalam setiap hati orang-orang yang beriman."

Dan ini merupakan fadhilat2 suruh al-mulk

Hadith-hadith sahih yang menceritakan tentang fadilat / kelebihan surah

Al Mulk :

عن ‏ ‏أبي هريرة ‏ عن النبي‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال :

(‏ ‏إن سورة من القرآن ثلاثون آية شفعت لرجل حتىغفر له وهي سورة ‏‏ تبارك الذي بيده الملك ‏ ) رواه الترمذي

Bermaksud :

Daripada Abu Hurairah RA berkata :

Sesungguhnya terdapat satu surah di dalam Al Quran mempunyai 30 ayat, ianya memberi syafaat kepada seseorang sehingga diampunkan baginya, dan ianya adalah surah تبارك الذي بيده الملك )

Diriwayatkan oleh Imam At Tirmidzi : No hadith 2968 dan Imam Ahmad : No hadith 7933 dan 8228.

Status Hadih : Hasan ( صحيح الترغيب والترهيب ) no hadith 1474

وعن أنس رضي الله عنه قال : قال رسول الله :

( سورة من القرآن ما هي إلا ثلاثون آية خاصمت عن صاحبِها حتى أدخلته الجنةَ ، وهي سورة تبارك )

Bermaksud :

( Daripada Anas RA berkata : Bersabda Rasulullah SAW :

Satu surah di dalam Al Quran tiadalah ia melainkan mempunyai 30 ayat, ianya mempertahankan orang yang membacanya sehinggalah dia dimasukkan ke dalam syurga, dan ianya adalah surah تبارك الذي بيده الملك )

Diriwayatkan oleh Imam At Thobroni dalam Al Mu'jam As Shaghir

Status Hadith : Sahih ( صحيح الجامع الصغير ) no hadith 3644

عن جابر رضي الله عنه قال :

( كان رسول الله صلى الله عليه وسلم لا ينام حتى يقرأ " آلم " تنزيل و " تبارك الذي بيده الملك " ) رواه الترمذي

Bermaksud :

Daripada Jabir RA berkata :

Adalah Rasulullah SAW tidak akan tidur sehinggalah dia membaca الم التنزيل dan تبارك الذي بيده الملك )

Diriwayatkan oleh Imam At Tirmidzi : no hadith 2969

Status Hadith : Sahih ( صحيح الجامع الصغير ) no hadith 4873

creadit to http://die-laksamana.blogspot.com/2009/05/fadilat-kelebihan-surah-al-mulk.html



So SaD...



Artis:AXL’S
Tajuk/Lagu: Andai Dapat Ku Undur Masa

Dalam usik ku merajuk seketika
Laluku pergi meninggalkan dirimu
Tanpa ku duga
Lilin menjadi bara
Gurauanku jadi dilema prasangka

***
Kau menyangka aku pergi kerna dia
Yang tak pernah wujud dalam alam cinta
Belum sempat ku jernihkan suasana
Engkau pula yang hilang
Entah ke mana

Puas sudah ku mencari
Ku tinggalkan pesan
Ku kirimkan berita
Agar dapatku temui

Dirimu
Umpama sebutir permata yang sinar

Andai dapat
Ku undurkan putaran dunia

Inginku ubah semula kata
Dan tingkahlaku yang salah
Agar kita dapat seiring
Di mercu asmara

Tak ingin lagi
Dan tak mahu lagi berpisah
Bukan dengan kerelaan hati
Penyesalan yang tak ada kesudahan
Ku tersepit dalam jerat sendiri

Ulang***

i ALrEaDy EnGaGeD!!! \(^_^)/ <-copy dari FB ayg

Ermm..disebabkan lama aku tidak menulis aku rasa malas plak nak tulis..hahahaha...

Tahun 2010..tahun dimana aku telah berjanji dengan awek aku yang aku akan mendirikan masjid..Bukan masjid tempat org sembahyang tu(mana ckp duit nak wat masjid sebuah)..sng cter bak kata org2 tua la mendirikan masjid tu berkahwin la senang cter..So bila aku pun dah stabil, duit pun bleh la cukup kot,aku pun mula merancang...

Tanggal 20 Feb 2010..
Aku menghantar rombongan keluarga aku untuk merisik awek aku a.k.a Nur Naimah Binti Mohamad Yusof di terataknya beralamat F16, Jalan Teratai, Taman Kerian, 34200 Parit Buntar Perak dalam lebih kurang pukul 5.00 ptg. So majlis ringkas jer untuk berkenalan antara keluarga dan nak tetapkan tarikh untuk next step plak..hehehe...Yang pergi pun ahli keluarga aku jer...

Tanggal 20 Mac 2010..
Tarikh yang ditetapkan oleh ahli keluarga masa datang merisik ari tu sebagai tarikh keramat untuk second step..huhuhuh..hari pertunangan antara aku ngan 'ucuk' aku nie(hehehehe..jgn marah).Majlis nie pun simple jer..sempoi jer walaupun siap berkhemah2 lagi sebab sebelah pagi family ucuk wat tahlil untuk arwah ayah...(al-fatihah).Rombongan keluarga aku + pak njang sekeluarga tiba dalam kul 3 dan proses perbincangan bermula untuk menetapkan hantaran...mas kahwin..dan tarikh perkahwinan kami..Ayah aku menetapkan tarikh 19 Jun 2010 sebagai majlis bagi pihak lelaki coz 20 Jun hari ahad kedah dah keja...hehehe,ini yang membuatkan tarikh untuk pihak perempuan payah untuk ditentukan..akhirnya kata sepakat dibuat..

akad nikah - 13 Jun 2010 (ahad pagi maybe...)
majlis perempuan - 17 Jun 2010 (khamis) - tema biru putih
majlis lelaki - 19 Jun 2010 (sabtu) - tema ungu hitam

So sekarang dalam persiapan untuk majlis...kita hanya merancang dan Dia yang menentukan..moga majlis dapat berjalan lancar..Amin...

Sayang ucuk macam

Proses perbincangan..mcm dok tgk movie jer(hehehe..)

Mak sarung cincin..(dah bagi tau siap2 jangan bg org len sarung..hehehe)

Hantaran...(simple jer..)

Aku & Dia

with my sister...