Showing posts with label EduCatiOn. Show all posts
Showing posts with label EduCatiOn. Show all posts

h4ri GuRu - 16 mEi 2010

Guru sering diibaratkan lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain. Tapi bagi aku guru umpama matahari (ini yang selalu aku bertengkar ngan anak murid aku masa aku jadi GSTT dulu)yang menyinar, yang memberi seribu erti kepada kita. Ia mengingatkan kita pengorbanan guru dalam melaksanakan agenda membentuk insan bergelar pelajar agar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelektual(ayat dalam buku rekod pengajaran..hehehehe).

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai HARI GURU kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan. Perghhh...copy and paste je nie..hehehehe...

Diantara tema2 hari guru :

2010 Guru Pembina Negara Bangsa (sama macam 2009)
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Cemerlang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

ok..apa pulak lagu hari guru?? nie lirik lagu guru malaysia :

Lagu Guru Malaysia
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

dan lagu khas tema hari guru bagi tahun ini

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

credit to MOE

dan dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua pendidik yang ada di malaysia terutama pada my tunang(Nur Naimah),my sister (Kak An, Kak Tie, Kak Not),my brother in law (abg awie & abg Z) ...hehehehe...

s4p4 nak CuBA??? *~| Diet Atkins |~ *

Peringatan: Wanita mengandung dan wanita yang sedang menyusu baby tidak digalakkan mengamalkan Atkins Diet!!! Consult doctor anda sebelum mengamalkan diet ini…!
Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan. Dengan mengurangkan dan menghadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahanapi. Ini bereti berat badan anda akan mula menyusut.

Dr Atkins mula mengembangkan idea "karbohidrat rendah dalam pemakanan" semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti "low-fat diet" atau diet rendah lemak. Melalui "low-fat diet", ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka menghadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakkan diet yang diperkenalan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.

Dr Atkin telah membuat kajian mengenai "low carbohydrate diet" dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanang kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:

1. Induction (permulaan dan pengenalan) - 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance

Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.

Semasa 2 Minggu Induction:

1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSANG, SPAGETTI, KUEH TEOW dan yang sebangsa dengannya.

2.) Elakkan roti - roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya.

3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).

5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, kacang dal dan lain2...hehehe

8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong, nugget.

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

dah tu nak makan apa yer???dah semua kena elak...

#############################################################

Boleh Makan:

1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.

2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis…

3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai… asalkan halal.

4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi.

5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun…

6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.

7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.

8.) Nak makan burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je…hohoho...

9.) Pizza? Makan topping kat atas je, roti kat bawah tu kasi orang yang tak perlu diet...kuikuiku

10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan tau!

Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb) - sedap nie...hehehe
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping/ketul - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)

*Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!

Fakta :
Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)

Cuba diet ni selama 2 minggu, anda boleh lihat hasilnya. Kalu berhasil bagitau yer..

diceduk dari : melayu dot com

~~ Surah Al-Mulk :: Sheikh Mishary Al Afasy ~~

Semperna hari jumaat(penghulu segala hari) nie..terasa terpanggil nak dgr bacaan oleh sheikh yang famous dengan bacaan yang merdu serta menusuk kalbu...hehehe

Cuba la dgr...perghh sahdu..menyentuh sampai ke dalam walaupun aku nie bukan la paham...so aku sediakan terjemahan skali...



BismillahirRahmanirRahim
BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

67. Al-Mulk

[1]
Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;
[2]
Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);
[3]
Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan – (mu) – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?
[4]
Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).
[5]
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang.
[6]
Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.
[7]
Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak.
[8]
Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu kepada mereka: “Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)?”
[9]
Mereka menjawab: “Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar! ”
[10]
Dan mereka berkata: “Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka”.
[11]
Akhirnya mereka mengakui dosa-dosa mereka (sebagai orang-orang yang kufur ingkar), maka tetaplah jauhnya rahmat Allah dari ahli neraka.
[12]
Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.
[13]
Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.
[14]
Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!
[15]
Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).
[16]
Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)?
[17]
Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu?
[18]
Dan demi sesungguhnya! orang-orang (kafir) yang terdahulu daripada mereka telah mendustakan (rasul-rasulnya lalu mereka dibinasakan); dengan yang demikian, (perhatikanlah) bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu.
[19]
Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
[20]
Bahkan siapa dia yang menjadi tentera bagi kamu, yang akan menolong kamu selain dari Allah Yang Maha Pemurah? (Sebenarnya) orang-orang yang kafir tidak lain hanyalah berada dalam keadaan terpedaya.
[21]
Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran).
[22]
Maka adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul, yang menyebabkan dia selalu jatuh) tersungkur di atas mukanya: boleh mendapat hidayah – atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus rata?
[23]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”.
[24]
Katakanlah lagi: “Dia lah yang mengembangkan kamu di bumi, dan kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan”.
[25]
Dan mereka (yang ingkar) berkata: “Bilakah datangnya (hari kiamat) yang dijanjikan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar?”
[26]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya ilmu pengetahuan (tentang masa kedatangannya) hanya ada pada sisi Allah, dan sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran yang terang nyata”.
[27]
Kemudian apabila (datang kiamat dan) mereka melihat (azab) yang dijanjikan itu secara dekat, muramlah muka orang-orang yang kafir itu, serta dikatakan (kepada mereka): “Inilah dia yang dahulu kamu kerap kali minta disegerakan kedatangannya!”.
[28]
Tanyalah (wahai Muhammad, kepada mereka): “Bagaimana fikiran kamu, jika Allah binasakan daku dan orang-orang yang bersama-sama denganku (sebagaimana yang kamu harap-harapkan), atau Ia memberi rahmat kepada kami (sehingga kami dapat mengalahkan kamu), – maka siapakah yang dapat melindungi orang-orang yang kafir dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?”.
[29]
Tegaskan (wahai Muhammad, kepada mereka): “Allah Dia lah Yang Maha Pemurah, yang kami beriman kepadaNya, dan yang kepadaNya kami berserah diri; oleh itu kamu akan mengetahui kelak siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata”.
[30]
Katakanlah lagi: “Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?”.

credit to http://www.alquran-melayu.com/67-al-mulk/


Aku nie bukan la pandai sangat bab nie tapi surah nie merupakan suruh pilihan Rasulullah seperti yang diriwayatkan seperti di bawah

Tentang surah Tabarak-al-ladhi (Al-Mulk) ini ada satu riwayat yang lain menyatakan bahawa Rasul-Ullah sall-Allaho 'alaihe wa sallam bersabda, "Hatiku menghendaki supaya surah ini berada didalam setiap hati orang-orang yang beriman."

Dan ini merupakan fadhilat2 suruh al-mulk

Hadith-hadith sahih yang menceritakan tentang fadilat / kelebihan surah

Al Mulk :

عن ‏ ‏أبي هريرة ‏ عن النبي‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال :

(‏ ‏إن سورة من القرآن ثلاثون آية شفعت لرجل حتىغفر له وهي سورة ‏‏ تبارك الذي بيده الملك ‏ ) رواه الترمذي

Bermaksud :

Daripada Abu Hurairah RA berkata :

Sesungguhnya terdapat satu surah di dalam Al Quran mempunyai 30 ayat, ianya memberi syafaat kepada seseorang sehingga diampunkan baginya, dan ianya adalah surah تبارك الذي بيده الملك )

Diriwayatkan oleh Imam At Tirmidzi : No hadith 2968 dan Imam Ahmad : No hadith 7933 dan 8228.

Status Hadih : Hasan ( صحيح الترغيب والترهيب ) no hadith 1474

وعن أنس رضي الله عنه قال : قال رسول الله :

( سورة من القرآن ما هي إلا ثلاثون آية خاصمت عن صاحبِها حتى أدخلته الجنةَ ، وهي سورة تبارك )

Bermaksud :

( Daripada Anas RA berkata : Bersabda Rasulullah SAW :

Satu surah di dalam Al Quran tiadalah ia melainkan mempunyai 30 ayat, ianya mempertahankan orang yang membacanya sehinggalah dia dimasukkan ke dalam syurga, dan ianya adalah surah تبارك الذي بيده الملك )

Diriwayatkan oleh Imam At Thobroni dalam Al Mu'jam As Shaghir

Status Hadith : Sahih ( صحيح الجامع الصغير ) no hadith 3644

عن جابر رضي الله عنه قال :

( كان رسول الله صلى الله عليه وسلم لا ينام حتى يقرأ " آلم " تنزيل و " تبارك الذي بيده الملك " ) رواه الترمذي

Bermaksud :

Daripada Jabir RA berkata :

Adalah Rasulullah SAW tidak akan tidur sehinggalah dia membaca الم التنزيل dan تبارك الذي بيده الملك )

Diriwayatkan oleh Imam At Tirmidzi : no hadith 2969

Status Hadith : Sahih ( صحيح الجامع الصغير ) no hadith 4873

creadit to http://die-laksamana.blogspot.com/2009/05/fadilat-kelebihan-surah-al-mulk.html



:: sL4m4t p4Gi c1kGu ::

Tanggal 18 Jun 2008, PPD telah menempatkan aku kat Sekolah Menengah Kebangsaaan Taman Inderawasih (SMKTI) sebagai guru sandaran tak terlatih (GSTT). Ye la....kira ok la dari aku dok umah menganggur kat umah...hehehe...Sementara mintak kerja lain aku jadik je la cikgu...Tapi dalam hati aku nie bukan brapa minat sangat nak jadi cikgu..Tapi disebabkan ayah aku yang suruh aku ambik sebab sementara cari kerja yg lain..aku pun gagahkan hati jugak.huhuhuhu...

Masa di PPD En Musa (pegawai PPD) bagi aku memo untuk menggantikan Pn Rohayou mengajar add math atau fizik...dalam hati aku ok la ada add math...bleh kot aku mengajar...skali bila aku sampai jer sekolah dalam kul 10.30 pagi...aku kena mengajar fizik dan sains tingkatan 4..perghhh....

1st kelas yang aku masuk masa lepas rehat 4A1 (masa sains).aku dah la kureng skit dalam english...hehehehe...bantai jer la..aku pun dengan serius bercakap kat depan perkenalkan diri...huhuhu...tapi lama kelamaan aku dah biasa dengan life sebagai cikgu ini...cuma satu jer aku xpuas hati..aku xdapat nak ajar budak2 tu bagi semua paham...hmmm..

Mula terdetik dalam hati aku nak jadik cikgu jer la...mudah aku nak wat kerja lain nanti(bukak bisnes ker)...ayah aku pun sokong aku suruh jadik cikgu tetap...aweks aku pun cakap mcm 2..aku mula berbelah bahagi..tapi think positive..maybe aku telah ditakdirkan jadi pendidik..hehehehe...apa2 pun aku lalui jer hidup aku nie..aku ada aims aku sendiri..hehehe

Nie hanya tinggal lagi seminggu aku untuk mengajar disekolah nie...sedih la plak nak tinggalkan sekolah nie..budak2 kat sekolah nie..hmmm,tapi hidup mesti diteruskan..hehehe...apa yang aku melalut nie..hehehe...dah la...aku chow dulu...

:: CISCO Networking Skills Competition ::

Nak dijadikan cerita kteorg satu kelas Topik Khas(CCNA 3 & 4) telah diwajibkan oleh Dr Shafie untuk menghadiri Cisco Competition yang telah dianjurkan oleh PESAKA dan Jabatan SKK sendiri. Aku mmg minat gak la nak masuk sebab aku xpernah try pun masuk competition yang mcm nie..Tapi harapan nak menang tu xde la sebab aku nie bukan pandai sangat pun bab2 nie...huhuhuhu...kalu mengarut aku reti la..hahaha

Tanggal 17 Feb 2008 berlangsung lah competition CISCO..sesi pagi kena jawap 50 soalan. Ala2 jawap dalam final exam online tu..cuma yang nie soalan dalam bentuk hardcopy..heehehehe...payah gak la soalan dia,tu pun aku ambik category pertama (CCNA 1 & 2) sebab aku xbrani nak ambik categori kedua (CCNA 1-4),ye la study xabis lagi..huhuhhu...abis semua pasal cable dia tanya.siap kena kira subnet lagi..huhuhu..kelas full yang leceh nie...Kehadiran agak memberangsangkan gak la...penuh gak la lab KPU6 nie..

Sebelah petang lak kteorg diberi satu soalan yang mana kena bahagi subnet ikut kesesuaian, kemudian configure network guna packet tracer jer..kuikuikui...tapi tu pun nampak canggih gak sebab nie 1st time aku guna packet tracer yang ada skema untuk marking mark kat kte trus..huahuahua...dengan soalan yang xbetui2 complete,bnyak perubahan dilakukan saat2 akhir akhirnya aku dapat la dalam 56 /70 kot...hehehehe..boleh la..banyak gak salah..huhuhu...

Time penyampaian hadiah yang membuatkan aku terperanjat..pergh mcmana aku leh dapat 2nd Runner up?????kuikuikui..maybe kemungkinan banyak yang xdatang time petang tu dan banyak lagi budak2 yang pandai dalam kelas aku xdatang untuk competition nie..rezeki aku la namanya..dah la masuk free..member awek aku bayar...kuikuikui...hasilnya..


ScK 3093 - ToPiK KhAs

Hurmm...aku ingat dah xdak harapan untuk aku ambik CCNA 3 & CCNA 4 secara free...ye la masa daftar subjek main register ikut org jer mula la menyesal sebab xambik subjek topik khas(CCNA 3 & 4)...

Dah la aku balik lewat skit...org sepatutnya masuk 31 hb tapi aku balik 3 hb jan baru sampai Skudai...tu pun sebab ada sebab yang xdapat dielakkan...hehehehe...nasib aku baik jugak la sebab "insert/delete" bleh wat lagi...1 st class pagi khamis tu aku g ialah "Computer Security" sama mcm blajaq kat diploma jer...dah la cik hazinah ajar...huhuhu...aku pun ambik keputusan nak delete subject nie nak insert "Topik Khas"...hehehehe...habis jer klas..trus g jumpa KJ...alhamdulillah,KJ bagi...trus wat "insert/delete"...hehehehe...

Berjaya jugak aku nak ambik CCNA 3 & 4...ye la kalu x mcm rugi jer aku xambik...nie aku baru pass wat chapter exam CCNA 3...hehehehe

Kat cni ada url untuk CCNA 3 punya jawapan...tapi dinasihatkan jangan la meniru 100%..kalu just nak wat rujukan tu ok la...hehehehe... :P

~ 1st day di lab PSM ~

Aku rasa berat hati nak balik ke UTM balik..ye la dah cuti seminggu...tapi apa2 hal pun aku kena gak..terpaksa la, utk PSM..huhuhuhuhu....aku g ambik tiket 30 hb tu...kononnya nak balik malam tu..alih2 tiket habis..terpaksa la balik 1 hb pagi...xsangka aku sampai malam aku kat cni..lama gler aku atas bas...perghh...bayangkan 9.00pg - 9.00 mlm (12jam).

Tanggal 3 hb Dis 2007, aku g ambik smartcard utk lab PSM...nie la kali pertama aku jejak kaki masuk lab nie...komp yg aku dapat pun ok...cuma xdak bebudak nie je lagi..yg ada senior2 aku jer...aku pun setup la komputer aku..hehehehe...

Sebenarnya aku dah kena siapkan 1 modul aku...tapi...disebabkan malas...arggghhhh....tension tul la aku..nape la aku malas sgt nie nak wat keja..hhmmm...

ExaM wEeK (^ - *) !!!!

Perghh...dah lama aku xmenaip post kat cni...ntah la asyik sibuk jer,malas nak tgk blog aku nie.. dah lama gak la aku xbukak...hhmm...nape tetiba petang nie trasa nak tgk plak blog aku yang dah lama xde cter baru dari aku...hahahahaha....

Sekarang nie dalam minggu exam...aku pun ada lagi 2 paper nak ambik satu net programming (17 Nov 2007) satu lagi keusahawanan it(21 Nov 2007)....hehehhee...dah 2 paper yang dah lepas...OS- Operating System (5 Nov 2007) ngan CCNA - Computer Network(10 Nov 2007)..Nasib aku kira baik gak sebab paper aku semua jarak2...hehehehe...

Good luck kepada semua yang sedang menghadapi demam peperiksaan macam aku la nie...hahahhaha...tapi akuxtau nape aku malas sgt nak study...suka study last2 minit...sok nak exam baru nak study...hahhaha...pastu mula la xsempat nak baca....hhhmmm,xtau la apa result aku kali nie...aku risau teruk jer...xde la harapan nak dapat 1st class lagi...huhuhuhu.....tu la aku nyer impian selain nak grad on time...hahahaha.....(i'Allah aku akan berusaha utk yg terbaik)..

Kadang2 aku jeles plak tgk member2 yang dah keja..ye la walaupun ada yang ckp nak sambung blajar balik la...keja nie membosankan la..tapi bagi aku aku dah penat belajar...nak gak rasa alam pekerjaan mcm diaorg..huhuhuhu...ntah la..lagi lama aku pikir pasal nie lagi xsemangat aku blajar...apa harus aku wat?????sem depan nak ambik PSM 2....arrggghhhh......

pOstPoNe wEeK..

Aku xtau nape ngan minggu nie...asyik2 semua kerja aku kena postpone...hhmmm...pelik gak la aku....Cni aku nak story kat semua....

Mula2 skali akunyer lab test computer network...ari tu dah postpone ke ari isnin...so xpe la..kteorng pun g la...mg ada isnin tu..tengah sedap2 dok wat tetiba jer letrik xdak....YA ALLAH....bila lecturer aku g tanya lab assistant...dia ckp maybe lama blackout tu..sebab dengar cter sampai ke taman U....hhmmm...so kena la postpone....arggghhhh........tapi bila aku pk2 balik maybe ada hikmah disebalik semua tu sebab aku xleh wat yang secondnya sooalan walaupun kechek dah bagi jawapan kat aku..tatau nape...hanya Allah saja yang maha mengetahui...

Tu satu....satu lagi pasai netcentric...ntah la aku taktau nape ngan lecturer aku tu...tup tup dia ada bagi assignment...suruh present ari rabu..50% dari markah keseluruhan...yg nie yang paling xtahan skali..antara lulus ngan tidak la kalu xbuat benda nie..perghhh...serabut aku...dah la laptop aku wat hal...install xble2..sampai ke selasa mlm still xleh..aku dah berputus asa...sebab wat apa pun dak lagi..tapi tetiba jer aku teringat assignment aku sebelum nie...bleh guna yang tu..tapi nak kena orter kat lab la...perghh...sok pg tu aku g la wat...ngan serabut gler aku rasa..dalam masa sejam aku just bleh wat login,view ngan insert..tu pun cincai ma...tapi bila pikir2 ok la banding bebudak nie yang ada dah wat 2,3 hari bleh wat benda yang sama gak,heheheh...alih2 lecturer aku ckp kat aku...group khairi present ari jumaat la...postpone plak....aku ikutnya dah malas nak tgk lg coding nie..tapi aweks aku still nak wat menyebabkan aku berubah fikiran....hehehe...akhirnya selesai gak aku wat program tu..bleh wat semua...perghhh,br aku perasan ada hikmah gak disebalik lecturer aku bagi postpone...Alhamdullillah....

tu la kisahnya..dah la...malas nak mencarut banyak2...hehehehe...

LaB tEsT cAncEL..

Yahooo.........berita yang paling gumbira untuk didengar time tu...hahahaha..masa tu kul 12 lbh dalam KPU10....Sepatutnya aku ada lab test Network Programming...tapi di sebabkan lecturer aku terpaksa g present apa ntah kat TNC (sumber dari raj) so dia terpaksa cancel dan tunda lepas raya....Dia ckp kalu dia nak cancel dia akan call ckp cancel(nie pun sumber dari raj)...alih2 mmg dia call kechek ckp xsempat balik then dia pun cancel test....

Yang menyebabkan aku suka bukan sebab apa...bukan sebab aku xsuka subjek ini atau aku xsuka lab test yang dia buat...tapi sebab aku xbaca ngan xstudy apa2 pun..aku just harapkan softcopy tu pun kalu aku brani nak tgk...hehehehe...sebab aku nie jenis penakut skit nak meniru nie..hehehehe...

Bila aku pikir2kan balik..patutla aku malas semacam jer semalam..aku siap tido lagi...malas nak study..xtau nape...hehehehe...maybe sebab naluri aku dah tau xdak lab test kot..hahahaha....So sekarang aku dah merdeka...otak aku dah set nak balik jer..hahahaha

PrA pEnDafTaRaN sUbjEk...

Benda nie yang ditunggu2 sebab kalu lambat aku takut terlepas lagi subjek BI mcm sem lepas....so kena aware skit...mcm2 ura2 yang aku dengar tentang pra pendaftaran ini....ada kata dah bukak...ada kata arijumaat...rupanya ila tanya en dolah dia ckp xbukaka lagi...ari ahad nie..dia nasihatkan aku register je dulu BI tu online awai pagi tu....Kalu nak tau En Dolah nie la antara Staf FSKSM yang paling sempoi....ye la mana xnyer, kalu korang sanggup ke nak layan karenah semua budak yang pelbagai ragam...tp dia kool jer...tu yg aku suka ngan sikap dia...respect la....hhehehehe...

So bila dah tau tu...ahad malam tu aku sanggup berjaga sampai ke pagi..ye la..kalu aku tido pass subuh...kompem aku xbangun..hehehehe.....aku pun stay la sampai bagi...alih2...dalam kul 7 lbh blackout la plak kat bilik....Adussss...mcmana nak register nie..dah la raj pun suruh reg kat dia sama...Dalam pikiran aku, kalu xdak gak letrik nak suruh raj la g fakulti untuk register utk aku skali...hehehe...Tapi tetiba jer aku teringat TRNet(bilik komputer)...ha'a baik aku try nasib kat ctu...dalam kul 7.45 aku pun g la turun TRNet nak check sama ada letrik ada ke x...

Nasib menyebelahi aku....letrik ada..YES......Alhamdulillah...Aku pun trus jer on 2 bijik PC..ye la nak reg kat aku,awek aku ngan raj lagi...aku hantar msg kat risz mintak no ic dia ngan kecheck...ye la nak tolong diaorg sama sebab kat atas xdak letrik...Aku pun berjaya mendaftar subjek UHB 3012 (English for Career Search)..hahahaha....masa aku daftar tu baru dalam 10 org yang mendaftar.....bleh la aku tido jap..jap lagi la baru g fakulti untuk daftar yg lain...

Dalam kul 11 mcm tu baru aku g fakulti utk daftar..sampai jer baru nak call raj..skali jumpa ngan risz..diaorg dah daftar...so aku just ambik slip dia daftar ikut apa yang diaorg daftar jer...hahahaha..kan senang...