SiFaT pEluPa?! - eH LuPa Laa...

Lupa merupakan satu sifat yang lumrah dalam hidup setiap insan...Bak kata Mantan Perdana Menteri kte yang ke-4 (Che Det) "Melayu Mudah Lupa"...Memang pun ini merupakan sifat yang ada dalam diri kita...Tetapi apabila kita selalu sgt lupa so, AWAS!!! ini akan menjadi satu penyakit yang sussah untuk dirawat...Mengapa sifat pelupa ini semakin menjadi-jadi dalam diri kita???

Disini aku ada 3 sebab boleh menyebabkan seseorang itu menjadi pelupa:

1) Pemakanan
Kita akan menjadi pelupa apabila polar pemakanan yang salah diamalkan. Makanan yang berminyak dan berlemak akan menyebabkan pembuluh darah menjadi sempit dan ini menyukarkan pengaliran darah ke seluruh tubuh terutama ke otak sehingga tidak dapat melakukan kerja secara optimum (atau lebih mudah sering menjadi pelupa).

Caranya mudah, hanya perlu mengikut gizi makanan yang seimbang dan perbanyakkan makanan yang mempunyai vitamin B dan C untuk mencergaskan pemikiran disamping perlu melakukan latihan mengingat.

*Orang tua-tua kata makan kepala ikan akan menjadi cepat lupa,btui ke???aku selalu makan gulai kepala ikan kat umah..hehehehe


2) Terlalu Fokus Pemikiran dan Perhatian
Fakta ini kukuh kerana kesibukkan dan rasa cemas membuatkan kita mudah lupa. Mengapa ini berlaku? Jika terlalu fokus kepada sesuatu perkara yang menakutkan dan mencemaskan serta negatif pada otak secara berterusan. Ini akan menyebabkan semakin sedikit energi yang ada pada otak untuk dilokasikan bagi mencari maklumat di otak.
So apabila kita dalam keadaan stress atau tertekan, cuba tenangkan fikiran, tarik nafas dalam-dalam, cuba kawal fikiran supaya berfikiran positif. Sekiranya takut ada perkara penting yang kita lupa, so buatkan list jadual harian kita. Zaman semakin canggih, dalam Hphone pun dah bleh buat list, ada to do list dan berbagai aplikasi lain lagi. Serta yang lebih penting buat latihan mengingat.

Macamana nak wat latihan mengingat??? - dalam paperkan banyak teka silang kata, selain itu ada game sudoku yang baik untuk mengingat. ada juga petua mudah, ingat setiap no plat kereta yang melintasi kita,kalau xleh semua no blakang pun jadi..ini sekadar latihan...

3) Kurang Bersenam Fizikal
Rutin melakukan senaman bukan hanya baik pada jantung malah baik untuk pelancaran peredaran darah keseleruh badan terutama otak kita. Untuk mengoptimumkan penggunaan otak, oksigen yang ckp dari arteri diperlukan sepaya otak dapat bekerja secara maksimum. oleh itu senaman dapat membantu kita. Sekiranya kita jarang melakukan senaman, ini merupakan salah satu punca menyebabkan kita mudah lupa.

Antara saranan senaman yang boleh dilakukan oleh anda ialah dengan berjalan secara cepat serta banyakkan berjalan(kurangkan berkenderaan atau park kereta jauh2 dari tempat yang dituju), jongging, renang, berbasikal serta senaman aerobik selama lebih kurang 30 minit untuk melancarkan perjalanan darah.

Tip ringkas mengatasi masalah pelupa:
- Perlu mempunyai dairi untuk menulis setiap perkara yang perlu dibuat, jgn hanya bergantung kepada otak semata2.
- Lebih teliti dalam menguruskan barangan. Letakkan barangan yang diperlukan setempat agar tidak mudah terlupa.
- Jangan panik atau kesal sekiranya tertinggal barang, sekiranya anda semakin panik ini akan membuatkan anda akan menjadi semakin pelupa..AWAS!!!!
- Kembalikan pada tempatnya - ini merupakan suatu perkara yang sukar dilakukan tetapi ini dapat mengurangkan sifat pelupa kita apabila kita dapat letak kembali sesuatu barang pada tempat yang selalu kita letak.
- Mengulang - Sering mengulang apa yang perlu diingatkan dan dihafal sepaya kita tidak terus lupa. Contohnya ingat dalam hati 'hari ini aku perlu ke bank' untuk beberapa kali supaya tidak mudah lupa.
- Minta pertolongan - sekiranya sukar lagi mengingat, anda boleh meminta tolong daripada rakan, atau pasangan anda agar mengingatkan anda.
- Jangan Menunda - ini perkara paling penting, sekiranya boleh dilakukan segera sesuatu perkara itu harus dilakukan dengan seberapa segera dan jangan menunda. Ini akan menyebabkan penyakit ini lagi mudah menular dalam diri..

Selain itu perkara yang paling2 penting bagi yang beragama Islam iaitu kembali kepadaNya dengan berdoa..antaranya doa penerang hati :

Credit to : Zikir & doa harian

Sama-samalah kita beramal dan berusaha sesungguhnya Allah sentiasa menyukai orang yang sering berusaha dan beramal kepadanya...

h4ri GuRu - 16 mEi 2010

Guru sering diibaratkan lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain. Tapi bagi aku guru umpama matahari (ini yang selalu aku bertengkar ngan anak murid aku masa aku jadi GSTT dulu)yang menyinar, yang memberi seribu erti kepada kita. Ia mengingatkan kita pengorbanan guru dalam melaksanakan agenda membentuk insan bergelar pelajar agar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelektual(ayat dalam buku rekod pengajaran..hehehehe).

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai HARI GURU kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan. Perghhh...copy and paste je nie..hehehehe...

Diantara tema2 hari guru :

2010 Guru Pembina Negara Bangsa (sama macam 2009)
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Cemerlang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

ok..apa pulak lagu hari guru?? nie lirik lagu guru malaysia :

Lagu Guru Malaysia
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

dan lagu khas tema hari guru bagi tahun ini

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

credit to MOE

dan dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua pendidik yang ada di malaysia terutama pada my tunang(Nur Naimah),my sister (Kak An, Kak Tie, Kak Not),my brother in law (abg awie & abg Z) ...hehehehe...

s4p4 nak CuBA??? *~| Diet Atkins |~ *

Peringatan: Wanita mengandung dan wanita yang sedang menyusu baby tidak digalakkan mengamalkan Atkins Diet!!! Consult doctor anda sebelum mengamalkan diet ini…!
Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan. Dengan mengurangkan dan menghadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahanapi. Ini bereti berat badan anda akan mula menyusut.

Dr Atkins mula mengembangkan idea "karbohidrat rendah dalam pemakanan" semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti "low-fat diet" atau diet rendah lemak. Melalui "low-fat diet", ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka menghadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakkan diet yang diperkenalan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.

Dr Atkin telah membuat kajian mengenai "low carbohydrate diet" dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanang kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:

1. Induction (permulaan dan pengenalan) - 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance

Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.

Semasa 2 Minggu Induction:

1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSANG, SPAGETTI, KUEH TEOW dan yang sebangsa dengannya.

2.) Elakkan roti - roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya.

3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).

5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, kacang dal dan lain2...hehehe

8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong, nugget.

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

dah tu nak makan apa yer???dah semua kena elak...

#############################################################

Boleh Makan:

1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.

2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis…

3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai… asalkan halal.

4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi.

5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun…

6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.

7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.

8.) Nak makan burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je…hohoho...

9.) Pizza? Makan topping kat atas je, roti kat bawah tu kasi orang yang tak perlu diet...kuikuiku

10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan tau!

Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb) - sedap nie...hehehe
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping/ketul - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)

*Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!

Fakta :
Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)

Cuba diet ni selama 2 minggu, anda boleh lihat hasilnya. Kalu berhasil bagitau yer..

diceduk dari : melayu dot com