Lupa merupakan satu sifat yang lumrah dalam hidup setiap insan...Bak kata Mantan Perdana Menteri kte yang ke-4 (Che Det) "Melayu Mudah Lupa"...Memang pun ini merupakan sifat yang ada dalam diri kita...Tetapi apabila kita selalu sgt lupa so, AWAS!!! ini akan menjadi satu penyakit yang sussah untuk dirawat...Mengapa sifat pelupa ini semakin menjadi-jadi dalam diri kita???
Disini aku ada 3 sebab boleh menyebabkan seseorang itu menjadi pelupa:
1) Pemakanan Kita akan menjadi pelupa apabila polar pemakanan yang salah diamalkan. Makanan yang berminyak dan berlemak akan menyebabkan pembuluh darah menjadi sempit dan ini menyukarkan pengaliran darah ke seluruh tubuh terutama ke otak sehingga tidak dapat melakukan kerja secara optimum (atau lebih mudah sering menjadi pelupa).
Caranya mudah, hanya perlu mengikut gizi makanan yang seimbang dan perbanyakkan makanan yang mempunyai vitamin B dan C untuk mencergaskan pemikiran disamping perlu melakukan latihan mengingat. *Orang tua-tua kata makan kepala ikan akan menjadi cepat lupa,btui ke???aku selalu makan gulai kepala ikan kat umah..hehehehe
2) Terlalu Fokus Pemikiran dan Perhatian Fakta ini kukuh kerana kesibukkan dan rasa cemas membuatkan kita mudah lupa. Mengapa ini berlaku? Jika terlalu fokus kepada sesuatu perkara yang menakutkan dan mencemaskan serta negatif pada otak secara berterusan. Ini akan menyebabkan semakin sedikit energi yang ada pada otak untuk dilokasikan bagi mencari maklumat di otak. So apabila kita dalam keadaan stress atau tertekan, cuba tenangkan fikiran, tarik nafas dalam-dalam, cuba kawal fikiran supaya berfikiran positif. Sekiranya takut ada perkara penting yang kita lupa, so buatkan list jadual harian kita. Zaman semakin canggih, dalam Hphone pun dah bleh buat list, ada to do list dan berbagai aplikasi lain lagi. Serta yang lebih penting buat latihan mengingat.
Macamana nak wat latihan mengingat??? - dalam paperkan banyak teka silang kata, selain itu ada game sudoku yang baik untuk mengingat. ada juga petua mudah, ingat setiap no plat kereta yang melintasi kita,kalau xleh semua no blakang pun jadi..ini sekadar latihan...
3) Kurang Bersenam Fizikal Rutin melakukan senaman bukan hanya baik pada jantung malah baik untuk pelancaran peredaran darah keseleruh badan terutama otak kita. Untuk mengoptimumkan penggunaan otak, oksigen yang ckp dari arteri diperlukan sepaya otak dapat bekerja secara maksimum. oleh itu senaman dapat membantu kita. Sekiranya kita jarang melakukan senaman, ini merupakan salah satu punca menyebabkan kita mudah lupa.
Antara saranan senaman yang boleh dilakukan oleh anda ialah dengan berjalan secara cepat serta banyakkan berjalan(kurangkan berkenderaan atau park kereta jauh2 dari tempat yang dituju), jongging, renang, berbasikal serta senaman aerobik selama lebih kurang 30 minit untuk melancarkan perjalanan darah.
Tip ringkas mengatasi masalah pelupa: - Perlu mempunyai dairi untuk menulis setiap perkara yang perlu dibuat, jgn hanya bergantung kepada otak semata2. - Lebih teliti dalam menguruskan barangan. Letakkan barangan yang diperlukan setempat agar tidak mudah terlupa. - Jangan panik atau kesal sekiranya tertinggal barang, sekiranya anda semakin panik ini akan membuatkan anda akan menjadi semakin pelupa..AWAS!!!! - Kembalikan pada tempatnya - ini merupakan suatu perkara yang sukar dilakukan tetapi ini dapat mengurangkan sifat pelupa kita apabila kita dapat letak kembali sesuatu barang pada tempat yang selalu kita letak. - Mengulang - Sering mengulang apa yang perlu diingatkan dan dihafal sepaya kita tidak terus lupa. Contohnya ingat dalam hati 'hari ini aku perlu ke bank' untuk beberapa kali supaya tidak mudah lupa. - Minta pertolongan - sekiranya sukar lagi mengingat, anda boleh meminta tolong daripada rakan, atau pasangan anda agar mengingatkan anda. - Jangan Menunda - ini perkara paling penting, sekiranya boleh dilakukan segera sesuatu perkara itu harus dilakukan dengan seberapa segera dan jangan menunda. Ini akan menyebabkan penyakit ini lagi mudah menular dalam diri..
Selain itu perkara yang paling2 penting bagi yang beragama Islam iaitu kembali kepadaNya dengan berdoa..antaranya doa penerang hati :
Semperna hari jumaat(penghulu segala hari) nie..terasa terpanggil nak dgr bacaan oleh sheikh yang famous dengan bacaan yang merdu serta menusuk kalbu...hehehe
Cuba la dgr...perghh sahdu..menyentuh sampai ke dalam walaupun aku nie bukan la paham...so aku sediakan terjemahan skali...
BismillahirRahmanirRahim Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
[1] Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu; [2] Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); [3] Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan – (mu) – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan? [4] Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia). [5] Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang. [6] Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali. [7] Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak. [8] Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu kepada mereka: “Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)?” [9] Mereka menjawab: “Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar! ” [10] Dan mereka berkata: “Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka”. [11] Akhirnya mereka mengakui dosa-dosa mereka (sebagai orang-orang yang kufur ingkar), maka tetaplah jauhnya rahmat Allah dari ahli neraka. [12] Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar. [13] Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada. [14] Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya! [15] Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya). [16] Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)? [17] Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu? [18] Dan demi sesungguhnya! orang-orang (kafir) yang terdahulu daripada mereka telah mendustakan (rasul-rasulnya lalu mereka dibinasakan); dengan yang demikian, (perhatikanlah) bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu. [19] Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. [20] Bahkan siapa dia yang menjadi tentera bagi kamu, yang akan menolong kamu selain dari Allah Yang Maha Pemurah? (Sebenarnya) orang-orang yang kafir tidak lain hanyalah berada dalam keadaan terpedaya. [21] Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran). [22] Maka adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul, yang menyebabkan dia selalu jatuh) tersungkur di atas mukanya: boleh mendapat hidayah – atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus rata? [23] Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”. [24] Katakanlah lagi: “Dia lah yang mengembangkan kamu di bumi, dan kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan”. [25] Dan mereka (yang ingkar) berkata: “Bilakah datangnya (hari kiamat) yang dijanjikan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar?” [26] Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya ilmu pengetahuan (tentang masa kedatangannya) hanya ada pada sisi Allah, dan sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran yang terang nyata”. [27] Kemudian apabila (datang kiamat dan) mereka melihat (azab) yang dijanjikan itu secara dekat, muramlah muka orang-orang yang kafir itu, serta dikatakan (kepada mereka): “Inilah dia yang dahulu kamu kerap kali minta disegerakan kedatangannya!”. [28] Tanyalah (wahai Muhammad, kepada mereka): “Bagaimana fikiran kamu, jika Allah binasakan daku dan orang-orang yang bersama-sama denganku (sebagaimana yang kamu harap-harapkan), atau Ia memberi rahmat kepada kami (sehingga kami dapat mengalahkan kamu), – maka siapakah yang dapat melindungi orang-orang yang kafir dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?”. [29] Tegaskan (wahai Muhammad, kepada mereka): “Allah Dia lah Yang Maha Pemurah, yang kami beriman kepadaNya, dan yang kepadaNya kami berserah diri; oleh itu kamu akan mengetahui kelak siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata”. [30] Katakanlah lagi: “Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?”.
credit to http://www.alquran-melayu.com/67-al-mulk/
Aku nie bukan la pandai sangat bab nie tapi surah nie merupakan suruh pilihan Rasulullah seperti yang diriwayatkan seperti di bawah
Tentang surah Tabarak-al-ladhi (Al-Mulk) ini ada satu riwayat yang lain menyatakan bahawa Rasul-Ullah sall-Allaho 'alaihe wa sallam bersabda, "Hatiku menghendaki supaya surah ini berada didalam setiap hati orang-orang yang beriman."
Dan ini merupakan fadhilat2 suruh al-mulk
Hadith-hadith sahih yang menceritakan tentang fadilat / kelebihan surah
Al Mulk :
عن أبي هريرة عن النبي صلى الله عليه وسلم قال :
( إن سورة من القرآن ثلاثون آية شفعت لرجل حتىغفر له وهي سورة تبارك الذي بيده الملك ) رواه الترمذي
Bermaksud :
Daripada Abu Hurairah RA berkata :
Sesungguhnya terdapat satu surah di dalam Al Quran mempunyai 30 ayat, ianya memberi syafaat kepada seseorang sehingga diampunkan baginya, dan ianya adalah surah تبارك الذي بيده الملك )
Diriwayatkan oleh Imam At Tirmidzi : No hadith 2968 dan Imam Ahmad : No hadith 7933 dan 8228.
Status Hadih : Hasan ( صحيح الترغيب والترهيب ) no hadith 1474
وعن أنس رضي الله عنه قال : قال رسول الله:
( سورة من القرآن ما هي إلا ثلاثون آية خاصمت عن صاحبِها حتى أدخلته الجنةَ ، وهي سورة تبارك )
Bermaksud :
( Daripada Anas RA berkata : Bersabda Rasulullah SAW :
Satu surah di dalam Al Quran tiadalah ia melainkan mempunyai 30 ayat, ianya mempertahankan orang yang membacanya sehinggalah dia dimasukkan ke dalam syurga, dan ianya adalah surah تبارك الذي بيده الملك )
Diriwayatkan oleh Imam At Thobroni dalam Al Mu'jam As Shaghir
Status Hadith : Sahih ( صحيح الجامع الصغير ) no hadith 3644
عن جابر رضي الله عنه قال :
( كان رسول الله صلى الله عليه وسلم لا ينام حتى يقرأ " آلم " تنزيل و " تبارك الذي بيده الملك " ) رواه الترمذي
Bermaksud :
Daripada Jabir RA berkata :
Adalah Rasulullah SAW tidak akan tidur sehinggalah dia membacaالم التنزيلdan تبارك الذي بيده الملك )
Diriwayatkan oleh Imam At Tirmidzi : no hadith 2969
Status Hadith : Sahih ( صحيح الجامع الصغير ) no hadith 4873
creadit to http://die-laksamana.blogspot.com/2009/05/fadilat-kelebihan-surah-al-mulk.html